Seminar: Exporting Copyright To International Market

Penyertaan mendapat sambutan yang baik dari 26 penerbit-penerbit tempatan yang sangat berminat dalam pengeksportan hakcipta.

Seminar ini telah dianjurkan oleh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) dengan kerjasama dari MATRADE.

Ahli panel forum terdiri daripada Mr. Philip Daniel Tattham dari Monsoon Books (Singapura), Ms. Lim Li Kok dari Asiapac Books (Singapura) dan Ms. Trasvin Jittidecharak dari Silkwormbooks (Thailand) yang telah berkongsi pengalaman mereka yang luas dalam penjualan hakcipta di peringkat antarabangsa. Moderator pada hari itu adalah Puan Zainora Muhamad dari Cerdik Publications Sdn Bhd yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri penerbitan di Malaysia.

Pada sesi seterusnya, peserta seminar didedahkan dengan langkah-langkah persediaan bahan untuk dieksport serta cara pemasaran oleh Bapak Nung Atasana, Pengurus Pemasaran Antarabangsa dari Gramedia, Indonesia yang mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun dalam bidang ini. Encik Jonathan Ng dari Jonathan Ng Publishers’ Agency, Malaysia pula membincangkan tentang bagaimana untuk membuat perjanjian kontrak yang sesuai.

Pada sebelah petang, peserta telah diberi pendedahan pula tentang peluang-peluang yang ada untuk mereka melabur dalam industri penjualan hakcipta. Antaranya, En Anthony Chan dari Reed Exhibition, Londan telah hadir menerangkan bagaimana Pesta Buku London 2011 boleh menjadi salah satu landasan untuk berurusniaga. Selain itu, Pusat Perdagangan Hakcipta, Kuala Lumpur (TCC) bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 berlangsung pada 20 – 23 April 2011 di PWTC turut memberi peluang pada penerbit-penerbit tempatan untuk menjual hakcipta mereka ke pembeli antarabangsa.   

Download attachment
Copyright © 2024 Malaysian Book Publishers Association (PPM-002-10-14011969)