Kegiatan MABOPA

Perbincangan Mengenai Cadangan BSTP Membuka Tender Bagi Pembekalan Buku Teks Cetak Semula 2019

Date: Jun 25, 2019
Time: 9:30 am - 12:00 pm
Location: Pejabat MABOPA

Sukacita dimaklumkan, ahli-ahli yang terlibat dalam penerbitan buku teks Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dijemput untuk menghadiri perbincangan mengenai cadangan Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan (BSTP) untuk membuka tender bagi pembekalan Buku Teks Cetak Semula 2019. Perbincangan ini akan dipengerusikan oleh Saudara S. Sivabalan.

Mesyuarat Agung Tahunan MABOPA ke-50

Date: April 27, 2019
Time: 9:00 am - 12:00 pm
Location: Bilik Arcadia III, Hotel Armada Petaling Jaya, Selangor

Majlis Makan Malam Gala 50 Tahun MABOPA

Date: April 25, 2019
Time: 8:00 pm - 11:00 pm
Location: Topaz Ballroom, One World Hotel, Selangor

Kuala Lumpur International Book Fair

Start date: Mac 29, 2019
End date: April 7, 2019
All-day event
Location: Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur

Mesyuarat Agung Tahunan MABOPA ke-49

Date: April 30, 2018
Time: 9:00 am - 12:00 pm
Location: Bilik Bunga Raya, Aras 3, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur

AGM MABOPA akan berlangsung pada hari Isnin, 30 April 2018.

Pada tahun ini, kita tidak ada edisi cetak untuk Buku Laporan Aktiviti, Minit Mesyuarat, Notis Mesyuarat dan dokumen AGM yang lain. Semua dokumen diemailkan melalui mailing list mabopaonline. Sila semak email masing-masing. Jika wakil rasmi tidak menerima email, sila kemaskini alamat email anda kepada Saudari Irdahwati. Semak senarai rasmi wakil syarikat di direktori ahli.

Terima kasih.

Baca World 2018

Start date: April 27, 2018
End date: April 29, 2018
All-day event
Location: Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur

As our daily lives continue to transform into becoming more digitalized each day, we believe that great contents should too. Inspired by digitalization, we bring you BACA, a truly unique digital content exhibition that complements our digital lifestyle.

Being the first of its kind in Malaysia, BACA pledges to unlock new grounds for content sharing by expanding the potential of digitalized communication. BACA brings you the latest advancement in digital world that drives us into a new age of knowledge, communication and convenience.

BACA is a borderless platform for ideas, exploration and digital innovation across all generations. Come and experience this revolutionary moment with us as we celebrate the marvels of our technology!

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018

Start date: April 27, 2018
End date: Mei 6, 2018
All-day event
Location: Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) akan menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dengan kerjasama enam persatuan industri buku Malaysia. PBAKL merupakan acara utama dalam kalendar global penerbitan bagi setiap tahun.

Bermula tahun pertama, 1981, PBAKL berjaya mencatatkan lebih daripada 2 juta bilangan pengunjung pada tahun 2013 sehingga kini. Hal ini demikian, kerana ia merupakan tempat yang sempurna dan strategik bagi pencinta buku mendapatkan pelbagai buku sama ada terbitan lama mahupun baru.

Selain itu, pelbagai kegiatan dilaksanakan oleh penerbit di seluruh rantau ini, sekaligus merancakkan sambutan dan kemeriahan PBAKL.

Pelancaran buku, seminar, konvensyen dan sebagainya adalah antara aktiviti yang turut dijalankan bagi memenuhi keperluan komuniti pembaca yang tergolong daripada semua lapisan masyarakat.

Mesyuarat Agung Tahunan MABOPA ke-48

Date: Mei 20, 2017
Time: 9:30 am - 12:00 pm
Location: Atlanta East, Level 3, Hotel Armada, PJ, Selangor

AGM MABOPA akan berlangsung pada hari Sabtu, 20 Mei 2017.

Tahun ini ada pemilihan untuk Exco baru yang akan bertugas untuk sesi 2017/2018. Jika ada ahli yang berminat untuk bertanding, sila kemaskini maklumat wakil syarikat dan yuran keahlian dengan menghubungi Setiausaha Eksekutif, Puan Irdahwati Md Jani di pejabat MABOPA.

Pada tahun ini, kita tidak ada edisi cetak untuk Buku Laporan Aktiviti, Minit Mesyuarat, Notis Mesyuarat dan dokumen AGM yang lain. Semua dokumen diemailkan melalui mailing list mabopaonline. Sila semak email masing-masing. Jika wakil rasmi tidak menerima email, sila kemaskini alamat email anda kepada Pn Irdahwati. Semak senarai rasmi wakil syarikat di direktori ahli.

Terima kasih.

Publishers Workshop, Conquering The Challenges – Successful Publishing Today

Date: September 5, 2016
Time: 9:00 am - 5:00 pm
Location: Dewan Bankuet, Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur

Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) dan Frankfurter Buchmesse dengan kerjasama Perbadanan Kota Buku akan menganjurkan Publishers Workshop, Conquering The Challenges – Successful Publishing Today

Bengkel kali ini akan memfokuskan kepada :

  • membincangkan hak cipta dan perlesenan
  • membincangkan bagaimana pengedaran dalam penerbitan digital secara efektif.
  • membincangkan cabaran-cabaran dan formula-formula yang telah berjaya serta strategi pemasaran yang telah digunakan dalam model perniagaan baru.
  • membincangkan bagaimana kandungan hak cipta boleh digunakan berkali-kali untuk mendapatkan manfaat kewangan yang maksima.

Kepada yang berminat sila lengkapkan borang dilampiran dan serahkan semula kepada kami sebelum 26 Ogos 2016 bersama-sama dengan pembayaran. Tempat adalah terhad kepada 40 peserta sahaja.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

  1. Saudari Liyana di 019-2944559
  2. Pejabat MABOPA di 03-7880 5840
  3. Emel ke mabopahq@gmail.com

Pocket Talk:  A Publisher’s IPs – What, When and How to Register?

Date: September 21, 2015
Time: 9:30 am - 12:30 pm
Location: Akademi Kota Buku, Level 24, Maju Tower, 1001 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

Pocket Talk: How to Market Your eCommerce Store

Date: Ogos 5, 2015
Time: 9:30 am - 12:30 pm
Location: Akademi Kota Buku, Level 24, Maju Tower, 1001 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

Pocket Talk: E-Commerce 3.0 & #MyCyberSale2015

Date: Jun 10, 2015
Time: 10:00 am - 12:00 pm
Location: Akademi Kota Buku, Level 24, Maju Tower, 1001 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

Anjuran: Perbadanan Kota Buku & Persatuan Penerbit Buku Malaysia

Objektif adalah seperti berikut:-

  1. Untuk memahami kelebihan E-Commerce 3.0
  2. Mengetahui idea-idea baru serta inovasi dalam E-Commerce 3.0.
  3. Mengkaji serta menilai teknologi E-Commerce 3.0 di peringkat global.

Itinerary:-

9.00 am :
Breakfast & Registration.

10.00 am :
eCommerce 3.0 – Opportunities & Current State in Malaysia, by Mr C.K. Wong from eCommerceMILO.

11.00 am :
#MYCyberSale Initiatives, by MDEC.

12.00 noon :
End.

Untuk pertanyaan, sila hubungi Saudari Liyana di talian 03-7880 5840.

Mesyuarat Agung Tahunan MABOPA ke-46

Date: April 27, 2015
Time: 9:00 am
Location: Pacific Ballroom A, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur

NOTIS MESYUARAT


Mesyuarat Agung Tahunan ke-46 akan diadakan pada hari Isnin, 27 April 2015, jam 9.00 pagi di Ballroom A, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Agenda Mesyuarat :

  1. Ucapan dari Presiden.
  2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-45.
  3. Hal-hal Berbangkit.
  4. Laporan Jawatankuasa Eksekutif 2014/ 2015.
  5. Pengesahan Penyata Kewangan Tahunan Berakhir 31 Disember 2014.
  6. Cadangan Usul.
  7. Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif 2015/2017
    a. Presiden – 1 pencalonan
    b. Timbalan Presiden – 1 pencalonan
    c. Naib Presiden – 2 pencalonan
    d. Setiausaha Kehormat – 1 pencalonan
    e. Bendahari Kehormat – 1 pencalonan
    f. Ahli Eksekutif – 7 pencalonan
  8. Pelantikan Juruaudit Dalaman (Internal Auditor) Untuk Tahun 2015
  9. Pelantikan Juruaudit Luar (External Auditor) Untuk Tahun 2015
  10. Hal-hal lain

Sarapan pagi akan disediakan bermula dari jam 8.30 pagi dan makan tengahari juga akan disediakan selepas mesyuarat tersebut.


Arief Hakim Sani Rahmat
Setiausaha Kehormat
20 April 2015

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015

Start date: April 24, 2015
End date: Mei 3, 2015
All-day event
Location: PWTC, Kuala Lumpur

Kuala Lumpur Trade Copyright Centre

Date: April 19, 2015
All-day event
Location: Seri Pacific Hotel

Bologna Children’s Book Fair

Start date: Mac 30, 2015
End date: April 2, 2015
All-day event
Location: Piazza Costituzione, Bologna, Italy

Pesta Buku Utara, UUM

Date: Mac 22, 2015
Time: 9:00 am - 7:00 pm
Location: Foyer, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM

PENGENALAN

Pesta Buku Utara merupakan acara tahunan di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang telah diadakan sejak tahun 2011. Pesta buku ini juga mendapat sokongan dan kerjasama daripada Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA).

Objektif utama Pesta Buku Utara 2015 adalah untuk memantapkan minat dan budaya membaca di kalangan masyarakat kampus UUM dan masyarakat kawasan utara. Beberapa acara sampingan turut akan diadakan melibatkan masyarakat kampus dan pelajar sekolah seperti wacana buku, pelancaran buku, dan bengkel penulisan.

Sasaran pengunjung utama adalah warga kampus UUM yang terdiri daripada 30,000 orang pelajar dan 2,000 orang kakitangan. Selain itu, sasaran pengunjung juga terdiri daripada para pelajar sekolah, maktab, institusi pendidikan, perpustakaan dan masyarakat persekitaran Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Breakfast Talk KL TCC 2015

Date: Mac 13, 2015
Time: 10:00 am
Location: Perbadanan Kota Buku, Tingkat 24, Menara Maju, 1001 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

Objektif:

  1. Makluman peluang-peluang perniagaan.
  2. Makluman bantuan dana terjemahan yang disediakan di bawah program KL TCC 2015.

Maklumat tentang KLTCC ada di :
Website : http://www.kltcc.com
Facebook : Kuala Lumpur Trade Copyright Center.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Start date: April 24, 2014
End date: Mei 4, 2014
All-day event
Location: PWTC, Kuala Lumpur

Kuala Lumpur Trade Copyright Centre

Date: April 21, 2014
All-day event
Location: Level 5, PWTC, Kuala Lumpur
Copyright © 2024 Malaysian Book Publishers Association (PPM-002-10-14011969)